Isnin

BAGAIMANA MEMBUAT UNTUNG DENGAN BARANG KEMAS 999 - SITUASI 1

       Memiliki Barang Kemas999 (BK999) setidak-tidaknya mempunyai serampang dua mata. Bagi seorang wanita, pertama boleh dijadikan sebagai pelaburan, kedua, boleh dipakai sebagai perhiasan. Bagi seorang suami pula selain boleh dijadikan sebagai pelaburan, boleh juga dijadikan hadiah hari jadi isteri atau hadiah ulang tahun perkahwinan atau boleh juga dijadikan sebagai hadiah kepada anak perempuan. BK999 juga boleh dijadikan sebagai tabungan/simpanan untuk anak anda melanjutkan pelajaran 10 @ 15 tahun mendatang. Ini akan saya kongsikan kemudian.


       Bagi seorang lelaki bujang pula, membeli BK999 boleh dijadikan satu  rancangan simpanan untuk mendirikan rumah tangga 5 tahun mendatang. (Kenapa tidak simpan dalam bentuk duit? Sila baca tulisan saya yang lain).


BOLEHKAH ANDA MILIKI RANTAI TANGAN BK999 BERATNYA 10GM DENGAN WANG RM600?


      Di sini saya akan berkongsi dengan anda satu cara asas bagaimana wang RM600, anda dapat memiliki BK999 yang beratnya10 gm berharga RM1677(Harga contoh - Harga berubah-ubah dan semakin meningkat) dengan sistem pajakan Ar Rahnu.



Anda ada sedikit simpanan tunai RM600. Anda berminat memiliki BK999 rantai tangan yang beratnya sekitar 10 gm(seperti gambar di atas ini). Katakan harga BK999 anda beli hari ini untuk 10 gm ialah RM1677. Seterusnya apa patut anda buat?


Langkah 1
Hubungi pengedar BK999 yang terdekat untuk anda membeli BK999 beratnya 10 gm. Beritahu kepada pengedar tersebut bahawa anda ingin membeli BK999 10 gm beratnya dengan kaedah Ar Rahnu. "Lock" harga, katakan RM1677. Di sini saya cadangkan kepada anda supaya membeli BK999 jenama GCP kerana telah terbukti ketulinannya. Pengedar GCP akan membawa anda ke Ar rahnu untuk berurus niaga.


Langkah 2
Bawa wang tunai RM600, fotostat kad pengenalan anda dan yang asli untuk urusan pajakan. Setelah anda berdua berada dalam AgroBank(setakat ini Ar Rahnu yang memberikan pakej pinjaman terbaik), bayar RM600 kepada pengedar GCP dan  pengedar GCP akan beri kepada anda BK999 rantai tangan 10 gm untuk urusan pajak. Urusan pajakan akan diajar oleh pengedar tersebut. Untuk Urusan pajakan di Kluang, di Batu Pahat atau di sekitarnya boleh hubungi saya dan saya akan ajarkan cara berurusannya.
      Setakat rencana ini ditulis, nilai gadaian(marhun) yang diambil oleh Ar Rahnu AgroBank ialah Rm165.80/gm dengan upah simpan 75 sen setiap RM100 nilai marhun sebulan dengan jumlah pinjaman 65% untuk orang yang kali pertama pajak dan jumlah pinjaman 70% untuk pajakan kali kedua dan seterusnya. Ok, saya tunjukkan kiraannya :


Jumlah nilai marhun             :10 gm  x  RM165.80/gm      =  RM1658.00
Jumlah anda dapat pinjam : 65%  x  RM1658.00            =  RM1077.70
Upah simpan     sebulan     : 0.75/100 x  RM1658           =  RM12.44
Upah simpan enam bulan   :      RM74.61 x 6                   =  RM74.61
Jumlah pinjaman anda        :  RM1077.70  +  RM74.61   = RM1152.31 (Untuk 6 bulan)
Sebulan bayar                      ;  RM1152.31/6 bulan           =  RM192.05 (Selama 6 bulan)
Jumlah keseluruhan wang anda keluarkan :  RM600  +  RM1152.31 =  RM1752.31
      Setelah anda dapat wang RM1077.70 dari kaunter bank, anda serahkan RM1077 sebagai baki harga BK999 yang telah di'lock' sebelum ini, kepada pengedar GCP yang sedang menunggu anda. Maka urusan anda dengan pengedar GCP pun selesai. Seterusnya, untuk bulan-bulan mendatang anda hanya berurusan dengan pihak bank sahaja.


Baiklah, apa FAEDAH yang anda dapat dengan anda membeli sekarang berbanding anda ada RM600 sekarang dan simpanan selama 6 bulan, RM192.05 sebulan? Saya tunjukkan kiraanya:


Berdasarkan sejarah, purata kenaikan harga emas 10% selama 6 bulan.


Harga 10 gm untuk  6 bulan mendatang   =  RM1677 + RM167.70(kenaikan 10%)
                                                                       =  RM1844.70


Dengan kaedah simpanan selama 6 bulan =  RM600 + (RM192.05  x 6 bulan)  
                                                                          =  RM1752.30


Beza atau FAEDAH anda dapat = RM1844.70 - RM1752.30  =   RM92.40


Sebab itu ada peribahasa Melayu menyatakan  "MASA ITU EMAS"
Dengan kaedah Ar Rahnu ini, anda telah membeli masa untuk 6 bulan mendatang.


Untuk tulisan saya seterusnya, saya akan berkongsi dengan anda beberapa kaedah lain pula, bagaimana menafaatkan sistem Ar Rahnu yang ada. 


- Dengan modal RM4200 dan dengan BK999 harga  RM167.70/gm,
   bagaimana mendapatkan EMAS seberat 50 gm


Selalulah singgah/mampir ke blok ini,


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan