Ahad

KENAPA SAYA TERPIKAT MENJADI PENGEDAR EMAS GCP?
1. Gcp ada mengeluarkan bar, Dinar dan barang kemas 999. Saya terpikat barang kemas kerana sekarang Ar Rahnu Agro Bank memberikan margin pinjaman sehingga 70% untuk barang kemas berbanding hanya 65% untuk bar dan dinar(tidak lagi diterima sejak 16/5/2011) dengan upah simpan yang sama. Lagi pun barang kemas diterima oleh semua Ar rahnu dan berdasarkan pengalaman saya pelanggan perempuan lebih senang dengan barang kemas.
 2. Barang kemas yang dikeluarkan tiada kos kerja dan sekecil 10 gm(rantai tangan). Harga barang kemas yang dijual tidak jauh bezanya dengan harga bar yang sama berat, jadi mudah bagi saya untuk menjualnya.
3. Keuntungan runcit yang saya dapat adalah lebih RM100 setiap 10 gm emas yang berjaya saya jual samada barang kemas atau bar.
4. Dengan yuran keahlian RM600 seumur hidup  walaupun tiada apa-apa benda yang kita dapat(sekarang RM5000 dapat emas bermula 1/06/2011), namun emas yang kita order akan dihantar terus ke alamat yang kita daftarkan dan pihak GCP bertanggungjawab jika emas tersebut hilang dalam perjalanan. Ini menbuatkan saya selesa menunggu di rumah sahaja tanpa perlu terkejar-kejar masa untuk ke pejabat cawangan terdekat bagi mengambil emas yang telah ditempah.(Jimat tol, petrol, masa dan tenaga).
5. Dengan margin keuntungan yang diberikan sebanyak 8%, jadi mudah bagi saya untuk bermain harga dengan bakal pelanggan. Selalunya saya menjual bar atau barang kemas mengikut harga semasa website PG malah memberi potongan harga 1% @ 1.5% (Komisen dealer dan priority dealer). Tentu sekali bakal pelanggan tertarik..!
6. Bandingan harga barang kemas 999 GCP dengan barang kemas 916 PG dari sudut harga pengedar (Tentu pengedar tegar PG marah dengan saya..maaf la tuan/puan, kenyataan ini adalah realiti dan dah banyak pengedar PG lain dah tau, cuma dia orang tak mau bising aje..!)
Tahukah anda bahawa harga barang kemas 999 GCP lebih murah berbanding dengan harga barang kemas 916 PG. Cuba bandingkan sendiri....kalau tak tau boleh hubungi saya, saya boleh tunjukkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan