Rabu

SIMPAN EMAS UNTUNG 30% UNTUK 8 BULAN PERTAMA 2011

ASSALAMUALAIKUM KENGKAWAN,

Cuba kita tinjau harga emas pada 3 Jan 2011 dalam graf di bawah.




Katakan pada tarikh tersebut kita beli  emas pada harga USD1415/oz dan emas tersebut kita simpan.

Sekarang kita tengok pula harga emas pada 23 Ogos 2011 (Selasa), di bawah:


Pada tarikh ini kita ambil harga emas USD1840/oz. Kita kira berapa peratus keuntungan/kenaikan harga emas kita:

             (USD1840 - USD1415)/USD1415 X 100%

          = USD425/USD1415  X 100%   =  30.04%

Dengan kata lain, jika anda ada membeli emas pada 3 Jan 2011 sebanyak RM20,000 dan anda masih menyimpannya sehingga tarikh 23 Ogos 2011, keuntungan anda sebanyak 30.04% adalah RM6007.07. BERBALOI TAK...!!? Ini baru simpan 8 bulan aje untuk tahun ini.  Insyallah, saya yakin berdasarkan krisis ekonomi US dan Euro sekarang, yang belum nampak penyelesaian dalam masa terdekat, keuntungan emas mencecah sekurang-kurangnya 35% untuk tahun ini. Insyallah...

        Ini anda beli dengan RM20K, bagaimana pula jika anda membeli sebanyak RM50K atau RM100K, tentu anda boleh kira sendiri berapa keuntungan emas anda.


       Sekarang bandingkan pula jika anda menyimpan wang anda sebanyak di atas di dalam ASB yang hanya memberi pulangan sekitar 10% setahun. Bagaimana? Berbaloi tak!!?

        Peratus keuntungan ini boleh ditingkatkan lagi dengan  anda memanupulasi sistem pajakan ar rahnu. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana sistem pajakan ar rahnu dapat membantu meningkatkan peratus keuntungan emas anda, boleh hubungi saya. 

        Mungkin ada yang tertanya-tanya, relevan ke kalau beli emas waktu sekarang? Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut.

Wassalam.

Jumaat

Harga emas lepasi paras AS$1,800 seaun - Utusan Online




NEW YORK 11 Ogos - Harga emas dunia melepasi paras AS$1,800 (RM5,400) seaun semalam buat pertama kalinya selepas pelabur menarik keluar pelaburan mereka bagi membeli kontrak komoditi itu.
Emas menjadi kegemaran pelabur bagi berhadapan dengan keadaan pasaran yang tidak menentu pada masa ini.
Sementara itu, di awal dagangan pasaran emas Asia, komoditi tersebut melonjak ke paras tertinggi AS$1,814.50 (RM5,443.50) hingga AS$1,815.50 (RM5,446.50) seaun.
Rekod itu dicatatkan selepas pasaran ekuiti Asia menjunam pada dagangan awal, dengan Tokyo kerugian sehingga dua peratus, Seoul pula jatuh sebanyak empat peratus dan Sydney didagangkan 1.5 peratus lebih rendah.
Para pelabur telah dikejutkan dengan kemungkinan penurunan taraf kredit Perancis yang berada dalam keadaan terumbang-ambing selepas penarafan kredit Amerika Syarikat (AS) diturunkan untuk pertama kalinya.
Khabar angin tentang penurunan taraf kredit Perancis itu timbul ekoran masalah yang dihadapi oleh beberapa bank di negara itu dan menguatkan lagi kebimbangan krisis hutang zon Eropah yang telah merebak.
Pelabur-pelabur bimbang bahawa Itali dan Sepanyol akan menjadi negara seterusnya yang tidak mampu membayar hutang mereka.
Sistem kewangan Eropah berada dalam keadaan buruk disebabkan oleh pihak bank yang memegang bon negara-negara yang mempunyai hutang besar seperti Greece dan Portugal.
Para pelabur dilihat berpaut kepada apa yang mereka rasakan sebagai pelindung nilai berbanding turun naik pasaran saham dan mata wang.
Komoditi itu pernah didagangkan sekitar AS$900 (RM2,700) pada musim panas 2008 sebelum krisis kewangan berlaku pada tahun itu. - Agensi

Rabu

Dinar Kelantan: Masa lancar RM323, hari ini RM809 - Harakahdaily

 

KOTA BHARU, 10 Ogos: Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham
sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila 
satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri,
 Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam  kenaikan
 harga emas dunia.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini sebentar tadi.

Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723
 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas.

“Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang
 besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu.

”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat
 memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya.

Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit
 sejak awal lagi melabur sumber kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak
 RM1 juta.

Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000.

Ketika ditanya berhubung pihak tertentu mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini,
 beliau berkata kritikan itu hanya kerana sentimen politik.

”Mereka mengkritik bukan kerana takut rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat
sebaliknya kerana dendam politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat seluruhnya supaya melabur serta
meningkatkan pelaburan masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih
besar khususnya penghujung tahun ini.

Menurutnya, kejatuhan dollar Amerika yang tidak berjaya mengekang kewangan
ekonominya disamping jumlah hutang yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan
keuntungan harga emas pada masa akan datang.


Isnin

KRISIS EKONOMI GLOBAL DORONG PELABUR PILIH EMAS



2011/08/08

ISU ketidakseimbangan global sering di kaitkan dengan kedudukan defisit akaun semasa Amerika Syarikat (AS) serta pelarasan yang seharusnya berlaku terhadap kadar tukaran wang asing global khususnya bagi negara Asia. 

Kebimbangan ini berdasarkan risiko terhadap aliran modal masuk yang selama ini menjadi tonggak kepada imbangan pembayaran AS.
Jika berlaku pengeluaran aliran modal secara besar-besaran, maka ia akan memberi kemudaratan kepada ekonomi AS, sekali gus kepada ekonomi dunia.Terdapat kajian akademik yang mencadangkan supaya pelarasan ini perlu berlaku melalui penyusutan nilai mata wang asing AS, diikuti peningkatan nilai mata wang negara lain khususnya Asia. 

Ia berdasarkan fakta bahawa kebanyakan negara Asia mempunyai lebihan akaun semasa yang tinggi berikutan nilai eksportnya yang sentiasa melebihi import. 

Justeru, pelbagai kritikan dilemparkan terhadap mata wang Asia khususnya China supaya nilainya dinaikkan ke paras lebih sesuai. 

Padahal, kebanyakan negara barat seperti AS, Greece dan Portugal mempunyai pegangan emas yang tinggi, sekali gus menandakan nilai sokongan terhadap mata wang ini adalah kukuh memandangkan ia bersandarkan kepada satu nilai yang tinggi. 
Perangkaan terbaru di keluarkan World Gold Council (WGC) menunjukkan peratusan pegangan emas terhadap rizab antarabangsa bagi negara seperti Portugal, Greece dan AS masing-masing adalah 81.0 peratus, 79.3 peratus dan 74.6 peratus pada suku pertama 2011. 

Situasi ini amat berbeza jika di bandingkan dengan negara Asia yang mana pegangan emasnya adalah jauh lebih rendah, iaitu sekitar 0.0 peratus hingga 8.4 peratus. 

Persoalannya, adakah ketidakseimbangan global hanya perlu di selesaikan melalui pelarasan dalam kadar tukaran asing semata-mata? 

Perlukah bank pusat Asia mula meningkatkan pegangan emasnya bagi memastikan mata wang masing-masing sentiasa di sokong oleh satu nilai yang kukuh? 

Bagi persoalan pertama, sudah tentu pelarasan mata wang bukan jalan penyelesaian mutlak. Perubahan struktur ekonomi di AS juga perlu berlaku seperti peningkatan kadar tabungan serta nilai eksport bagi memperbaiki ketidakseimbangan global ini. 

Pastinya, proses itu akan mengambil masa panjang memandangkan saiz perbelanjaan swasta AS yang besar, iaitu sekitar 70 peratus sejak 1929. 

Bagi persoalan kedua pula, usaha untuk meningkatkan pegangan emas oleh bank pusat di Asia perlu di lihat sebagai langkah bijak berikutan pelaburan dalam sekuriti hutang seperti bil perbendaharaan AS tidak stabil. 

Perkara itu penting kerana setiap wang yang diterbitkan bank pusat adalah liabiliti yang di sandarkan kepada nilai asetnya. 

Jika aset itu tidak mempunyai nilai stabil, maka sokongan atau sandaran wang yang di keluarkan juga adalah lemah. 

Umum mengetahui, harga emas mencatatkan nilai tertinggi pada paras AS$1,600 seauns baru-baru ini. 

Terdapat beberapa faktor penyumbang terhadap kenaikan harga emas seperti inflasi yang tinggi serta ketidakpastian ekonomi global seperti krisis hutang negara Eropah yang mampu menggugat pertumbuhan ekonomi dunia. 

Faktor seperti permintaan dan penawaran juga memainkan peranan penting dalam penentuan harga emas. 

Pada 2010, permintaan emas mencatatkan pertumbuhan 9.8 peratus berbanding pertumbuhan penawaran emas iaitu 1.8 peratus. 

Kebanyakan permintaan emas ini adalah bagi tujuan barang kemas yang mewakili 51 peratus daripada jumlah keseluruhan permintaan. 

Selebihnya, adalah untuk pelaburan iaitu 37 peratus dan penggunaan industri dan pergigian yang mewakili 12 peratus daripada keseluruhan permintaan. 

Justeru, prospek bagi harga emas adalah baik memandangkan permintaannya yang tinggi serta kedudukannya sebagai pelindung nilai terhadap inflasi dan ketidakpastian dalam suasana pelaburan dunia. 

Berdasarkan ini, dolar AS masih di anggap mempunyai nilai sandaran yang baik memandangkan pegangan emas bank pusat adalah tinggi. 

Justeru, andaian bahawa penurunan nilai dolar AS seperti yang di sarankan oleh pihak tertentu, mungkin tidak akan berlaku secara mendadak. 

Di samping itu, bank pusat Asia mungkin perlu memikirkan strategi untuk meningkatkan pegangan emas memandangkan ketidaktentuan pasaran serta kitaran perniagaan yang semakin pendek akan menjejaskan nilai pegangan sekuriti hutang kerajaan negara maju. 

Penulis ialah Penganalisis Ekonomi Malaysian Rating Corporation Bhd 

Dipetik dari - Berita Harian Online

HARGA EMAS DUNIA NAIK LAGI MENCECAH REKOD BARU MELEPASI USD1700/oz- 08/08/2011

08/08/2011

Alhamdulillah,

     Harga emas dunia naik lagi hari ini mencecah Rekod baru melepasi USD1700/oz. Ini berikutan krisis hutang Amerika Syarikat yang bertambah kusut dan ditambah lagi dengan laporan berita pada hari Sabtu 06/08/2011 yang menyatakan bahawa krisis hutang di Eropah akan menjangkit ke negara lain.

       Minggu lalu, sebaik sahaja pengumuman mengenai Kenaikan Had Maksima Hutang oleh Amerika diumumkan, serta merta berlaku lonjakan harga Gold & Silver di pasaran antarabangsa ekoran berlakunya peningkatan permintaan ke atas komoditi berharga ini bagi tujuan perlindungan harta dan kekayaan disebabkan jumlah hutang yang ditanggung oleh Amerika kini jauh lebih tinggi berbanding jumlah pendapatan yang diraih oleh negara itu. Kenaikan harga emas dunia ini berlaku pada tarikh 29/07/2011 selepas pengumuman dibuat. Ini  ditunjukkan pada graf berwarna hijau di bawah



Dikhabarkan Amerika kini menambah hutamgnya sebanyak $2.3 Trillion lagi bagi tujuan pemulihan semula ekonomi dan krisis kewangan di sana. Namun begitu, ia tidak memberi apa2 makna bagi rakyat dan penduduk disana kerana mereka sedar bahawa tindakan itu hanya akan memburukkan lagi krisis hutang dan krisis ekonomi yang sedang dihadapi.


Pada Jumaat yang lalu juga, telah berlaku kejatuhan besar bagi saham2 dagangan di Wall Street ekoran kebanyakan pelabur mengambil tindakan menjual kesemua saham2 mereka membuatkan saham dagangan di Wall Street merudum kira2 sekitar 4.5% , dan impak kejatuhan ini turut dihadapi oleh Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) di mana saham2 yang didagangkan mengalami kemerosotan kira2 sekitar 1.4%.Masalah dan krisis kemelesetan Nilai Dollar sebenarnya bukannya hanya menjadi masalah kepada Amerika sahaja, bahkan ianya adalah masalah global kepada negara2 yang menjadikan USD sebagai sandaran kepada Matawang mereka, dan ianya termasuk Malaysia! Justeru, jangan sesekali melihat permasalahan dan krisis ini sebagai fenomena biasa dan tiada kena mengena dengan kita semua, kerana ianya pasti akan mempengaruhi situasi ekonomi, kuasa beli, harga barangan, pendapatan, kadar pengangguran, kadar pertumbuhan negara dan pelbagai lagi masalah2 berkaitan ekonomi negara termasuk ekonomi peribadi kita!


Sumber- Pelaburjutawan.

Sabtu

HARGA JUALAN RUNCIT EMAS DI KEDAI EMAS NAIK LAGI...!!



    Sekali lagi harga emas di pasaran tempatan (kedai emas) dinaikkan lagi kepada RM190/gram untuk emas 999.9 selepas ianya dinaikkan kepada RM183/gram hanya pada beberapa minggu yang lalu. Ini menunjukkan bahawa kerancakan harga emas mendaki terlalu pantas dan ini bukannya masa untuk kita semua terus bersikap tunggu dan lihat menanti harga emas turun semula.

    Waktu terbaik untuk membeli emas ialah pada waktu ketika kita mempunyai Matawang yang tidak digunakan untuk sebarang tujuan pembayaran  dan waktu terbaik untuk menjualnya ialah pada waktu kita memerlukannya untuk digunakan bagi tujuan pembayaran dan kita hanya perlu menjualnya pada sekadar jumlah yang diperlukan, bukan kesemuanya!

     Apakah bezanya diantara WANG dan MATAWANG, dan mana satu yang wajar disimpan samaada Wang ataupun Matawang. Secara mudahnya Wang adalah aset dalam bentuk Emas & Perak, manakala Matawang (RM) adalah sekadar alat yang digunakan untuk tujuan pembayaran, bermakna fungsinya untuk digunakan dan bukannya disimpan, jika disimpan bermakna fungsinya telah disalahgunakan!

    Saranan saya, jika anda ada wang simpanan yang niat tidak digunakan untuk sekurang-kurangnya satu tahun, tukarkan saja kepada emas fizikal atau anda ada simpanan dalam ASB/ASB, cuba keluarkan separuh atau se per empat daripadanya dan dibelikan emas fizikal seperti barang kemas 999, dinar atau bar. Rasakan aura emas anda dan kemudian kongsikan dengan saya.

   Sementara di bawah ini ialah harga runcit lama yang baru beberapa minggu dinaikkan.


Sumber rujukan - pelaburjutawan