Isnin

MURAH..!MURAH..! DAPATKAN GOLD BAR/1 DINAR PUBLIC GOLD PADA HARGA PENGEDAR ATAU LEBIH MURAH LAGI...

 SAYA ADA BEBERAPA KEPING  GOLD BAR PG 20 GM UNTUK DITAWARKAN KEPADA ANDA YANG BERMINAT. KITA BERURUSAN DI AGROBANK  KLUANG ATAU AGROBANK BT. PAHAT.


HARGA SEKARANG SEKITAR RM3450 SEKEPING 20GM PG 
TAPI HARGA TAWARAN DARI SAYA IALAH RM 3400.00, RM3380, RM3370 SEKEPING 20GM.


CEPAT..! CEPAT..! SEBELUM HARGA EMAS TERUS NAIK MENCECAH RM202 segrm @ RM4040 SEKEPING 20 GM.
              
                   HARGA YANG DITAWARKAN SAH SEHINGGA  4.00 PTG  31/07/2011. Dilanjutkan hingga 06/08/2011. CEPAT...! CEPAT......!

HARGA EMAS DUNIA MELEPASI USD1600/oz

Apa komen anda tentang kenaikan harga emas dunia yang telah melepasi USD1600/oz.
Mungkinkah harga emas dunia akan mencecah USD1700/oz pada hujung tahun ini?
Dengan perkembangan terbaru ini, ada yang merasa gembira kerana telah menyimpan banyak emas dan tidak ketinggalan pula ada yang merasa kurang gembira kerana lewat menukar wang fiat dalam bentuk emas seperti saya ini yang hanya berkesempatan menukar wang dalam bentuk emas pada 1 Nov 2010. Walau bagaimanapun, alhamdulillah saya telah juga celik tentang emas ini berbanding ramai yang diluar sana masih kabur tentang simpanan emas ini. Bagi kawan2 yang belum celik tentang emas ini, carilah ilmu emas ini supaya celik emas.Peringkat awal, search aje dalam internet.  Saya sendiri mengambil masa hampir 6 bulan mendalami ilmu emas ini sebelum saya yakin untuk membeli emas fizikal. Bagi teman2 yang di luar sana yang tertanya2 tentang ilmu emas ini, bolehlah bertanya kepada saya melalui sms/tel atau e mail.
Wassalam.

Jumaat

HARGA EMAS AKAN MENCECAH RM202.57 SEGRAM?


Laporan Ekonomi Di Akhbar Berita Harian, Harga emas RM202.57 segram




2011/07/08
HARGA emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, meningkat 33 peratus berbanding harga semasa AS$1,527.2 (RM) atau AS$49.1 (RM147.32) segram susulan permintaan kukuh pengguna serta pelabur global. Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata menjelang awal tahun depan, harga emas dijangka meningkat melepasi paras AS$1,600 seaun atau AS$51.4 (RM157.34) segram, 4.3 peratus lebih tinggi berbanding harga semasa.
Brice menjelaskan, terdapat kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu yang mana akan menggalakkan permintaan logam berharga berkenaan.

Kumpulan perbankan universal yang memiliki lebih 1,700 cawangan di seluruh dunia itu, menjangkakan ekonomi China dan India akan terus mencatatkan pertumbuhan mantap, sekali gus melonjakkan pendapatan boleh guna rakyat di negara berkenaan.

“Permintaan emas dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan pada separuh kedua tahun ini di Kuala Lumpur semalam.

Selain itu, Brice berkata, kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) juga menyebabkan bank pusat di seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing, justeru menyokong harga komoditi itu terus didagangkan pada harga tinggi.

Sementara itu, tambah beliau, keadaan kadar faedah benar yang masih negatif di AS menawarkan persekitaran yang baik untuk emas.
“Sejarah membuktikan pulangan dalam pelaburan emas sangat tinggi ketika kadar faedah sebenar adalah negatif,” katanya.

Bekalan emas juga, katanya, dijangka mengalami kekangan dalam tempoh terdekat dan ia akan terus menyokong kenaikan harga komoditi itu.

“Kita jangkakan harga emas akan mencecah AS$2,100 pada 2014 dan AS$1,600 pada suku pertama 2012,” katanya.

Pada suku keempat tahun lalu, permintaan barang kemas di India dan China masing-masing meningkat sebanyak 52.8 peratus dan 31.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan, permintaan barangan perhiasan emas global meningkat 8.5 peratus pada suku keempat lalu atau 575.2 tan berbanding tahun sebelumnya.

Pada akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Mengenai pasaran saham Malaysia, Brice berkata, pihaknya amat positif dengan prestasi saham tempatan dalam tempoh terdekat kerana kebiasaannya pasaran saham akan mencatatkan prestasi yang baik pada Julai dan Ogos.

Beliau berkata, dengan jangkaan bahawa ekonomi global akan mencatatkan pemulihan pada separuh kedua tahun ini akan menyokong prestasi pasaran saham.


Link Berita Harian :

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargaemasRM202_57segram/Article