Sabtu

KENAPA MESTI SIMPAN WANG DALAM BENTUK EMAS?



1." Dividen & Bonus Emas" 20% - 30% setahun berbanding dengan dividen dan bonus ASB 8.5% -13.5% setahun. Contoh dalam tahun 2010,
                             Dividen dan Bonus ASB        -  8.5%
                            "Dividen dan Bonus" EMAS   -  27%
2. Nilai EMAS cenderung stabil walaupun nilai USD meningkat dan EMAS adalah kalis inflasi (zero inflation effect). Contohnya pada zaman Rasulullah s.a.w, harga seekor kambing ialah 1 Dinar (4.25 gm Emas), sekarang harga kambing yang sama berharga 1 Dinar juga.


Harga seekor kambing ini hanya 1Dinar Emas pada tahun 2010, tahun 2011, tahun 2012 atau tahun 9999 (Kalau belum kiamat).




3.Emas mudah dicairkan berbanding aset rumah dan tanah. Sewaktu kita perlukan wang segera, emas mudah ditukarkan dalam bentuk wang tunai dalam tempoh kurang 2 jam.



                 
          =


4. Permintaan dan Penawaran - Harga EMAS terus meningkat dalam jangka masa panjang kerana permintaan manusia yang bertambah. Tahun 2010, permintaan EMAS terbesar dunia datangnya dari negara India dan China.
     Graf di sebelah menunjukkan pengeluaran emas dunia (garisan merah) berbanding Harga emas dunia (garisan hijau).
     Pada tahun 2000 purata pengeluaran emas dunia mencapai 2600 tan dan 10 tahun kemudian iaitu dalam tahun 2010 pengeluaran emas berkurang sekitar 300 tan menjadi hanya 2300 tan sahaja. Kemudian kita lihat harga emas pada tahun 2000 sekitar USD300 dan melonjak kepada USD1400 pada tahun 2010.
      Pengeluaran EMAS dunia menurun kerana semakin berkurangnya lombong-lombong baru EMAS yang berjaya dijumpai dan juga kos penggalian yang semakin meningkat setiap tahun.
Dari graf ini dapat kita simpulkan, purata pengeluaran EMAS dunia menurun 1% setahun, namun yang mengejutkan kita purata peningkatan harganyn pula, wow.......hebat..! 17.7% setahun. Kenapa perbezaannya begitu besar.....cuba sama-sama kita fikirkan.
5. Nilai wang kertas jatuh setiap hari kerana dimamah inflasi. Kadar inflasi Malaysia pada tahun 2011 dijangka mencapai 3.5% setahun. Dengan bahasa mudah, bermaksud kalau pada 1hb Jan. 2011 kita menyimpan RM100 dalam bank tetapi pada 31hb Dis 2011 nilai RM100 tinggal RM96.50 walaupun angka pada wang kertas tertulis RM100. 
   
Lihat apa yang berlaku di Zimbabwe pada tahun 2009. 100 billion wang kertas Zimbabwe hanya boleh beli 3 biji telur sedangkan dalam tahun 80an nilai duit Zimbabwe lebih mahal daripada duit USD.
6. EMAS adalah aset yang unggul. Mudah ditukarkan kepada yang kertas walaupun di seluruh pelusuk dunia, emas tetap diterima. Pelarian Kemboja yang datang ke Malaysia membawa EMAS dan ditukarkan kepada RM untuk memulakan perniagaan.
7. EMAS tidak boleh dimanipulasi, sukar diperolehi, galian yang semakin berkurang dan tidak dapat dicipta berbanding wang kertas yang mudah dicipta dan mudah dimanipulasi oleh penyangak wang dunia George Soros seperti yang berlaku pada tahun 1997 - 1998 . Wang kertas mudah dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang. Emas pula akan tetap bernilai RM1 juta pada 5 tahun akan datang.


8. EMAS adalah pelindung aset terbaik di dunia. Sejarah penggunaan emas sebagai mata wang telah bermula sejak 6000 tahun lalu. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana EMAS atidak boleh dibinasakan, tahan lasak, tidak berkarat dan mudah dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil tanpa menjejaskan nilai emas tersebut. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan