Ahad

SYARAT DAN KEISTIMEWAAN PENGEDAR SAH GCP

SYARAT DAN KEISTIMEWAAN PENGEDAR SAH GCP
1)Satu salinan kad pengenalan
2)Dua keping gambar ukuran passport
3)Salinan bil elektrik/air/telefon kediaman terkini.
4)Mulai 1 JUN 2011 bayaran pendaftaran utk menjadi pengedar adalah RM5000. Bayaran ini untuk pembelian set emas GCP iaitu 1 dinar GCP 999.9, 10g bar GCP 999, 10g Rantai tangan 999 Bernilai rm4000 ATAU mengikut harga emas semasa/harga pengedar GCP dan yuran keahlian rm1000.
FAEDAH MENJADI PENGEDAR
1)Membeli emas dengan harga rendah.
Pengedar sah GCP mempunyai keistimewaan untuk membeli emas dgn harga Pengedar (DP)
Contoh : HARGA RANTAI TANGAN 999
Harga Pengedar (DP) : RM132.00/g
Harga Pelanggan (CP): RM142.56/g ( tambah 8% daripada harga Pengedar)
HARGA DINAR GCP 999.9
Harga Pengedar (DP) : RM600.00
Harga Pelanggan (CP): RM625.00 ( tambah RM25.00 daripada harga Pengedar)
HARGA JONGKONG EMAS PAMP SUISSE 100g
Harga Pengedar (DP) : RM12,480
Harga Pelanggan (CP): RM13,478 ( tambah 5% daripada harga Pengedar)
2)Modal disediakan dalam bentuk stok emas.
GCP menyediakan modal perniagaan dalam bentuk stok emas kepada para pengedar di mana pengedar hanya perlu membuat tempahan dan GCP akan menghantar emas terus kepada pelanggan yang telah ditetapkan oleh pengedar tanpa sebarang kos penghantaran.
3)Modal tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual.
GCP menjanjikan pembelian semula Gold bar pamp suisse dan Rantai Tangan emas 999 GCP yang telah dijual kepada pelanggan dengan susut nilai sebanyak 15% daripada harga jualan (Harga pelanggan CP) semasa. Manakala pembelian semula daripada pengedar pula dikenakan sebanyak 5% hingga 6% daripada harga pengedar (DP) semasa.
Contoh:-
Belian semula daripada pelanggan(CP): RM142.56 – 15% = RM121.17
Belian Semula daripada Pengedar(DP): RM132.00 – 5% = RM125.40
Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.
4)Modal tunai untuk membeli emas terpakai.
Pengedar digalakkan membeli emas terpakai mengikut harga yang disyorkan oleh GCP. Modal untuk membeli emas terpakai diberi oleh pihak GCP. Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.
5)Perkhidmatan penghantaran (percuma).
GCP menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pengedar. Cara serahan dengan tangan atau melalui Pos Laju. Kehilangan barangan sewaktu penghantaran adalah tanggungan sepenuhnya oleh pihak GCP.
6)Perkhidmatan selepas jualan.
GCP menyediakan perkidmatan selepas jualan dengan kos yang minimum seperti:
-Mencuci emas (percuma)
-Mencelup emas (kos minima)
-Menilai harga emas terpakai (percuma)
-Teknik membuat keuntungan dengan emas menggunakan arrahnu (percuma)
7)Kursus Usahawan Emas (percuma)
Pada setiap hari sabtu, GCP mengadakan kursus kepada Para pengedar GCP bertempat di pejabat GCP bermula jam 10.30 pagi hingga jam 12.30 t.hari. Modul Kursus;
-Teknik pemasaran
-Membeli emas terpakai
8)Insentif Pengedar (dealer get dealer)
Pengedar yang memperkenalkan pengedar baru akan mendapat insentif seperti berikut:-
-Komisyen RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
-Komisyen rm1.00 se gram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru yang diperkenalkan (untuk rantai tangan emas 999 dan gold bar 999.9 sahaja)
Contoh insentif dealer get dealer:
Abu memperkenalkan syahir sebagai pengedar maka Abu mendapat komisyen rm100.00
Contoh insentif pembelian:
Syahir membeli 500g rantai tangan 999. Abu mendapat komisyen rm500. Jika Syahir pula memperkenalkan Hasyim sebagai pengedar, hanya Syahir sahaja mendapat komisyen, Abu tidak dapat sebarang komisyen. Abu hanya mendapat komisyen secara berterusan bagi setiap pembelian yang dibuat oleh Syahir sahaja.
Insentif bulanan:
Jika dalam tempoh 1 bulan, pengedar berjaya memperkenalkan 10 orang atau lebih pengedar baru, pihak GCP akan memberikan Bonus RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
Contoh: 10 orang x rm100 = RM1000.00
CARA MENDAFTAR SEBAGAI DEALER SAH GCP
1. Masuk web site rasmi GCP http://www.gcp.com.my/
2. Klik Register pada bahagian atas sebelah kanan web
3. Masukkan ID refference sahaja (ad1828 ) selepas tu tekan butang semak
4. Nama saya sebagai reference akan tertera (ALIAS MA'MOR)
5. Kemudian klik di sini sekiranya BETUL.
6. Selepas itu akan keluar kekotak KLIK di sini untuk teruskan Mendaftar.
7. Isi maklumat sebagaimana yang dikehendaki.
8. Setelah maklumat siap diisi tekan butang Sumit.
9. Bayaran RM5000 perlu dimasukkan ke akaun berikut :- Akaun Maybank : 505103003954
    (Goldcrest Pavilion Sdn Bhd)
    - Emel : sales@gcp.com.my
    - Jika bayaran melalui M2U bahagian remark nyatakan : bayaran agen (Nama Penuh)
10. Selepas bank in, sila emel bukti bayaran ke sales@gcp.com.my.
11. No ID dan password akan dihantar kepada anda melalui emel atau sms ke telefon anda .
KENAPA SAYA TERPIKAT MENJADI PENGEDAR EMAS GCP?
1. Gcp ada mengeluarkan bar, Dinar dan barang kemas 999. Saya terpikat barang kemas kerana sekarang Ar Rahnu Agro Bank memberikan margin pinjaman sehingga 70% untuk barang kemas berbanding hanya 65% untuk bar dan dinar(tidak lagi diterima sejak 16/5/2011) dengan upah simpan yang sama. Lagi pun barang kemas diterima oleh semua Ar rahnu dan berdasarkan pengalaman saya pelanggan perempuan lebih senang dengan barang kemas.
 2. Barang kemas yang dikeluarkan tiada kos kerja dan sekecil 10 gm(rantai tangan). Harga barang kemas yang dijual tidak jauh bezanya dengan harga bar yang sama berat, jadi mudah bagi saya untuk menjualnya.
3. Keuntungan runcit yang saya dapat adalah lebih RM100 setiap 10 gm emas yang berjaya saya jual samada barang kemas atau bar.
4. Dengan yuran keahlian RM600 seumur hidup  walaupun tiada apa-apa benda yang kita dapat(sekarang RM5000 dapat emas bermula 1/06/2011), namun emas yang kita order akan dihantar terus ke alamat yang kita daftarkan dan pihak GCP bertanggungjawab jika emas tersebut hilang dalam perjalanan. Ini menbuatkan saya selesa menunggu di rumah sahaja tanpa perlu terkejar-kejar masa untuk ke pejabat cawangan terdekat bagi mengambil emas yang telah ditempah.(Jimat tol, petrol, masa dan tenaga).
5. Dengan margin keuntungan yang diberikan sebanyak 8%, jadi mudah bagi saya untuk bermain harga dengan bakal pelanggan. Selalunya saya menjual bar atau barang kemas mengikut harga semasa website PG malah memberi potongan harga 1% @ 1.5% (Komisen dealer dan priority dealer). Tentu sekali bakal pelanggan tertarik..!
6. Bandingan harga barang kemas 999 GCP dengan barang kemas 916 PG dari sudut harga pengedar (Tentu pengedar tegar PG marah dengan saya..maaf la tuan/puan, kenyataan ini adalah realiti dan dah banyak pengedar PG lain dah tau, cuma dia orang tak mau bising aje..!)
Tahukah anda bahawa harga barang kemas 999 GCP lebih murah berbanding dengan harga barang kemas 916 PG. Cuba bandingkan sendiri....kalau tak tau boleh hubungi saya, saya boleh tunjukkan.