Isnin

HARGA EMAS DUNIA MELEPASI USD1600/oz

Apa komen anda tentang kenaikan harga emas dunia yang telah melepasi USD1600/oz.
Mungkinkah harga emas dunia akan mencecah USD1700/oz pada hujung tahun ini?
Dengan perkembangan terbaru ini, ada yang merasa gembira kerana telah menyimpan banyak emas dan tidak ketinggalan pula ada yang merasa kurang gembira kerana lewat menukar wang fiat dalam bentuk emas seperti saya ini yang hanya berkesempatan menukar wang dalam bentuk emas pada 1 Nov 2010. Walau bagaimanapun, alhamdulillah saya telah juga celik tentang emas ini berbanding ramai yang diluar sana masih kabur tentang simpanan emas ini. Bagi kawan2 yang belum celik tentang emas ini, carilah ilmu emas ini supaya celik emas.Peringkat awal, search aje dalam internet.  Saya sendiri mengambil masa hampir 6 bulan mendalami ilmu emas ini sebelum saya yakin untuk membeli emas fizikal. Bagi teman2 yang di luar sana yang tertanya2 tentang ilmu emas ini, bolehlah bertanya kepada saya melalui sms/tel atau e mail.
Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan