RAHSIA MEMBUAT UNTUNG DENGAN BARANG KEMAS 999 DAN PERAK
Rahsia menyimpan melabur emas barang kemas 24K(999)dan peluang menjadi AGEN EMAS TANPA MODAL DIPERLUKAN dan BAGAIMANA MEMBUAT UNTUNG DENGAN BARANG KEMAS 999 AKAN DIAJAR.
Jumaat
HARGA PURATA EMAS NAIK 27 PERATUS SETAHUN - KOSMO (25/11/2011)
KUALA LUMPUR - Peluang melabur dalam bentuk simpanan emas tidak harus dilepaskan memandangkan ia mencatat kenaikan harga purata sebanyak 27 peratus setahun dan bakal menggandakan nilai harta pelabur.
Penasihat korporat Serambi Emas Sdn. Bhd. (Serambi Emas), Datuk Salleh Majid berkata, ini merupakan salah salah portfolio pelaburan yang menguntungkan khususnya bagi masyarakat Melayu yang masih ketinggalan daripada aspek memiliki aset kekayaan.
Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Bursa Malaysia) itu menjelaskan, cara belian emas yang menguntungkan ialah dengan menggunakan kemudahan Ar-Rahnu.
Menurutnya, kaedah itu dapat mengelakkan daripada sebarang kecurian atau unsur-unsur penipuan memandangkan ketulenan emas itu disahkan oleh pihak ketiga.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
PENGEDAR BARANG KEMAS 24K TANPA MODAL DIPERLUKAN
Gambar- contoh Rantai Tangan Gajah Padu yang sesuai dibuat simpanan/pelaburan.
Assalamualaikum.... Anda dipelawa menjadi pengedar barang kemas 24Karat @ Emas 99.9 tanpa modal, tanpa yuran keahlian dan tanpa belian minimum.(Bukan jenama GCP)
Apa yang perlu anda buat ialah anda mendapatkan pelanggan yang BETUL-BETUL berminat/berniat/berhajat dan bersetuju untuk membeli rantai tangan emas 24 Karat dengan jumlah berat tertentu. Bawa bakal pelanggan anda ke Ar rahnu bank terpilih(BANK -sebagai org tengah)dekat tempat anda untuk menguji ketulinan emas dan berat yang dipersetujui untuk dibeli. Kita akan berurusan di bank.
Setiap urusniaga dalam sehari yang berjaya, anda layak mendapat komisen pada kadar berikut:
Urusniaga sehari berjaya - komisen (per gm)
100 gm ke bwh - RM3
110 - 250 gm - RM4
260 - 500 gm - RM5
510 gm ke atas - RM6 + bonus
CONTOH PENGIRAAN KOMISEN/PENDAPATAN ANDA:
Katakan, harga pelanggan untuk hari ini ialah RM205/gm dan katakan pada hari ini anda berjaya menarik seorang pelanggan untuk membeli 50gm. Jadi komisen/pendapatan anda adalah
50gm X RM3/gm = RM150.00.
Tetapi sebaliknya jika pada hari ini anda berjaya menarik pelanggan @ beberapa orang pelanggan untuk membeli 260gm(Jumlah berat terkumpul), maka komisen/pendapatan anda ialah
260gm X RM5/gm = RM1300.
Komisen akan dibayar pada hari yang sama selepas urusniaga/transaksi dengan pelanggan selesai. Insyallah.
Keterangn lanjut, hubungi : 0167731309 @ alyes_ok07@yahoo.com.my
Assalamualaikum.... Anda dipelawa menjadi pengedar barang kemas 24Karat @ Emas 99.9 tanpa modal, tanpa yuran keahlian dan tanpa belian minimum.(Bukan jenama GCP)
Apa yang perlu anda buat ialah anda mendapatkan pelanggan yang BETUL-BETUL berminat/berniat/berhajat dan bersetuju untuk membeli rantai tangan emas 24 Karat dengan jumlah berat tertentu. Bawa bakal pelanggan anda ke Ar rahnu bank terpilih(BANK -sebagai org tengah)dekat tempat anda untuk menguji ketulinan emas dan berat yang dipersetujui untuk dibeli. Kita akan berurusan di bank.
Setiap urusniaga dalam sehari yang berjaya, anda layak mendapat komisen pada kadar berikut:
Urusniaga sehari berjaya - komisen (per gm)
100 gm ke bwh - RM3
110 - 250 gm - RM4
260 - 500 gm - RM5
510 gm ke atas - RM6 + bonus
CONTOH PENGIRAAN KOMISEN/PENDAPATAN ANDA:
Katakan, harga pelanggan untuk hari ini ialah RM205/gm dan katakan pada hari ini anda berjaya menarik seorang pelanggan untuk membeli 50gm. Jadi komisen/pendapatan anda adalah
50gm X RM3/gm = RM150.00.
Tetapi sebaliknya jika pada hari ini anda berjaya menarik pelanggan @ beberapa orang pelanggan untuk membeli 260gm(Jumlah berat terkumpul), maka komisen/pendapatan anda ialah
260gm X RM5/gm = RM1300.
Komisen akan dibayar pada hari yang sama selepas urusniaga/transaksi dengan pelanggan selesai. Insyallah.
Keterangn lanjut, hubungi : 0167731309 @ alyes_ok07@yahoo.com.my
Rabu
SIMPAN EMAS UNTUNG 30% UNTUK 8 BULAN PERTAMA 2011
ASSALAMUALAIKUM KENGKAWAN,
Katakan pada tarikh tersebut kita beli emas pada harga USD1415/oz dan emas tersebut kita simpan.
Sekarang kita tengok pula harga emas pada 23 Ogos 2011 (Selasa), di bawah:
Pada tarikh ini kita ambil harga emas USD1840/oz. Kita kira berapa peratus keuntungan/kenaikan harga emas kita:
(USD1840 - USD1415)/USD1415 X 100%
= USD425/USD1415 X 100% = 30.04%
Dengan kata lain, jika anda ada membeli emas pada 3 Jan 2011 sebanyak RM20,000 dan anda masih menyimpannya sehingga tarikh 23 Ogos 2011, keuntungan anda sebanyak 30.04% adalah RM6007.07. BERBALOI TAK...!!? Ini baru simpan 8 bulan aje untuk tahun ini. Insyallah, saya yakin berdasarkan krisis ekonomi US dan Euro sekarang, yang belum nampak penyelesaian dalam masa terdekat, keuntungan emas mencecah sekurang-kurangnya 35% untuk tahun ini. Insyallah...
Ini anda beli dengan RM20K, bagaimana pula jika anda membeli sebanyak RM50K atau RM100K, tentu anda boleh kira sendiri berapa keuntungan emas anda.
Sekarang bandingkan pula jika anda menyimpan wang anda sebanyak di atas di dalam ASB yang hanya memberi pulangan sekitar 10% setahun. Bagaimana? Berbaloi tak!!?
Sekarang bandingkan pula jika anda menyimpan wang anda sebanyak di atas di dalam ASB yang hanya memberi pulangan sekitar 10% setahun. Bagaimana? Berbaloi tak!!?
Peratus keuntungan ini boleh ditingkatkan lagi dengan anda memanupulasi sistem pajakan ar rahnu. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana sistem pajakan ar rahnu dapat membantu meningkatkan peratus keuntungan emas anda, boleh hubungi saya.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, relevan ke kalau beli emas waktu sekarang? Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut.
Wassalam.
Jumaat
Harga emas lepasi paras AS$1,800 seaun - Utusan Online
NEW YORK 11 Ogos - Harga emas dunia melepasi paras AS$1,800 (RM5,400) seaun semalam buat pertama kalinya selepas pelabur menarik keluar pelaburan mereka bagi membeli kontrak komoditi itu.
Emas menjadi kegemaran pelabur bagi berhadapan dengan keadaan pasaran yang tidak menentu pada masa ini.Sementara itu, di awal dagangan pasaran emas Asia, komoditi tersebut melonjak ke paras tertinggi AS$1,814.50 (RM5,443.50) hingga AS$1,815.50 (RM5,446.50) seaun.
Rekod itu dicatatkan selepas pasaran ekuiti Asia menjunam pada dagangan awal, dengan Tokyo kerugian sehingga dua peratus, Seoul pula jatuh sebanyak empat peratus dan Sydney didagangkan 1.5 peratus lebih rendah.
Para pelabur telah dikejutkan dengan kemungkinan penurunan taraf kredit Perancis yang berada dalam keadaan terumbang-ambing selepas penarafan kredit Amerika Syarikat (AS) diturunkan untuk pertama kalinya.
Khabar angin tentang penurunan taraf kredit Perancis itu timbul ekoran masalah yang dihadapi oleh beberapa bank di negara itu dan menguatkan lagi kebimbangan krisis hutang zon Eropah yang telah merebak.
Pelabur-pelabur bimbang bahawa Itali dan Sepanyol akan menjadi negara seterusnya yang tidak mampu membayar hutang mereka.
Sistem kewangan Eropah berada dalam keadaan buruk disebabkan oleh pihak bank yang memegang bon negara-negara yang mempunyai hutang besar seperti Greece dan Portugal.
Para pelabur dilihat berpaut kepada apa yang mereka rasakan sebagai pelindung nilai berbanding turun naik pasaran saham dan mata wang.
Komoditi itu pernah didagangkan sekitar AS$900 (RM2,700) pada musim panas 2008 sebelum krisis kewangan berlaku pada tahun itu. - Agensi
Rabu
Dinar Kelantan: Masa lancar RM323, hari ini RM809 - Harakahdaily
KOTA BHARU, 10 Ogos: Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam kenaikan harga emas dunia. Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini sebentar tadi. Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas. “Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu. ”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya. Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit sejak awal lagi melabur sumber kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak RM1 juta. Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000. Ketika ditanya berhubung pihak tertentu mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini, beliau berkata kritikan itu hanya kerana sentimen politik. ”Mereka mengkritik bukan kerana takut rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat sebaliknya kerana dendam politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS,” ujarnya. Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat seluruhnya supaya melabur serta meningkatkan pelaburan masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih besar khususnya penghujung tahun ini. Menurutnya, kejatuhan dollar Amerika yang tidak berjaya mengekang kewangan ekonominya disamping jumlah hutang yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan keuntungan harga emas pada masa akan datang. |
Isnin
KRISIS EKONOMI GLOBAL DORONG PELABUR PILIH EMAS
2011/08/08
ISU ketidakseimbangan global sering di kaitkan dengan kedudukan defisit akaun semasa Amerika Syarikat (AS) serta pelarasan yang seharusnya berlaku terhadap kadar tukaran wang asing global khususnya bagi negara Asia. Kebimbangan ini berdasarkan risiko terhadap aliran modal masuk yang selama ini menjadi tonggak kepada imbangan pembayaran AS.Jika berlaku pengeluaran aliran modal secara besar-besaran, maka ia akan memberi kemudaratan kepada ekonomi AS, sekali gus kepada ekonomi dunia.Terdapat kajian akademik yang mencadangkan supaya pelarasan ini perlu berlaku melalui penyusutan nilai mata wang asing AS, diikuti peningkatan nilai mata wang negara lain khususnya Asia.
Ia berdasarkan fakta bahawa kebanyakan negara Asia mempunyai lebihan akaun semasa yang tinggi berikutan nilai eksportnya yang sentiasa melebihi import.
Justeru, pelbagai kritikan dilemparkan terhadap mata wang Asia khususnya China supaya nilainya dinaikkan ke paras lebih sesuai.
Padahal, kebanyakan negara barat seperti AS, Greece dan Portugal mempunyai pegangan emas yang tinggi, sekali gus menandakan nilai sokongan terhadap mata wang ini adalah kukuh memandangkan ia bersandarkan kepada satu nilai yang tinggi.
Perangkaan terbaru di keluarkan World Gold Council (WGC) menunjukkan peratusan pegangan emas terhadap rizab antarabangsa bagi negara seperti Portugal, Greece dan AS masing-masing adalah 81.0 peratus, 79.3 peratus dan 74.6 peratus pada suku pertama 2011.
Situasi ini amat berbeza jika di bandingkan dengan negara Asia yang mana pegangan emasnya adalah jauh lebih rendah, iaitu sekitar 0.0 peratus hingga 8.4 peratus.
Persoalannya, adakah ketidakseimbangan global hanya perlu di selesaikan melalui pelarasan dalam kadar tukaran asing semata-mata?
Perlukah bank pusat Asia mula meningkatkan pegangan emasnya bagi memastikan mata wang masing-masing sentiasa di sokong oleh satu nilai yang kukuh?
Bagi persoalan pertama, sudah tentu pelarasan mata wang bukan jalan penyelesaian mutlak. Perubahan struktur ekonomi di AS juga perlu berlaku seperti peningkatan kadar tabungan serta nilai eksport bagi memperbaiki ketidakseimbangan global ini.
Pastinya, proses itu akan mengambil masa panjang memandangkan saiz perbelanjaan swasta AS yang besar, iaitu sekitar 70 peratus sejak 1929.
Bagi persoalan kedua pula, usaha untuk meningkatkan pegangan emas oleh bank pusat di Asia perlu di lihat sebagai langkah bijak berikutan pelaburan dalam sekuriti hutang seperti bil perbendaharaan AS tidak stabil.
Perkara itu penting kerana setiap wang yang diterbitkan bank pusat adalah liabiliti yang di sandarkan kepada nilai asetnya.
Jika aset itu tidak mempunyai nilai stabil, maka sokongan atau sandaran wang yang di keluarkan juga adalah lemah.
Umum mengetahui, harga emas mencatatkan nilai tertinggi pada paras AS$1,600 seauns baru-baru ini.
Terdapat beberapa faktor penyumbang terhadap kenaikan harga emas seperti inflasi yang tinggi serta ketidakpastian ekonomi global seperti krisis hutang negara Eropah yang mampu menggugat pertumbuhan ekonomi dunia.
Faktor seperti permintaan dan penawaran juga memainkan peranan penting dalam penentuan harga emas.
Pada 2010, permintaan emas mencatatkan pertumbuhan 9.8 peratus berbanding pertumbuhan penawaran emas iaitu 1.8 peratus.
Kebanyakan permintaan emas ini adalah bagi tujuan barang kemas yang mewakili 51 peratus daripada jumlah keseluruhan permintaan.
Selebihnya, adalah untuk pelaburan iaitu 37 peratus dan penggunaan industri dan pergigian yang mewakili 12 peratus daripada keseluruhan permintaan.
Justeru, prospek bagi harga emas adalah baik memandangkan permintaannya yang tinggi serta kedudukannya sebagai pelindung nilai terhadap inflasi dan ketidakpastian dalam suasana pelaburan dunia.
Berdasarkan ini, dolar AS masih di anggap mempunyai nilai sandaran yang baik memandangkan pegangan emas bank pusat adalah tinggi.
Justeru, andaian bahawa penurunan nilai dolar AS seperti yang di sarankan oleh pihak tertentu, mungkin tidak akan berlaku secara mendadak.
Di samping itu, bank pusat Asia mungkin perlu memikirkan strategi untuk meningkatkan pegangan emas memandangkan ketidaktentuan pasaran serta kitaran perniagaan yang semakin pendek akan menjejaskan nilai pegangan sekuriti hutang kerajaan negara maju.
Penulis ialah Penganalisis Ekonomi Malaysian Rating Corporation Bhd
Dipetik dari - Berita Harian Online
HARGA EMAS DUNIA NAIK LAGI MENCECAH REKOD BARU MELEPASI USD1700/oz- 08/08/2011
08/08/2011
Pada Jumaat yang lalu juga, telah berlaku kejatuhan besar bagi saham2 dagangan di Wall Street ekoran kebanyakan pelabur mengambil tindakan menjual kesemua saham2 mereka membuatkan saham dagangan di Wall Street merudum kira2 sekitar 4.5% , dan impak kejatuhan ini turut dihadapi oleh Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) di mana saham2 yang didagangkan mengalami kemerosotan kira2 sekitar 1.4%.Masalah dan krisis kemelesetan Nilai Dollar sebenarnya bukannya hanya menjadi masalah kepada Amerika sahaja, bahkan ianya adalah masalah global kepada negara2 yang menjadikan USD sebagai sandaran kepada Matawang mereka, dan ianya termasuk Malaysia! Justeru, jangan sesekali melihat permasalahan dan krisis ini sebagai fenomena biasa dan tiada kena mengena dengan kita semua, kerana ianya pasti akan mempengaruhi situasi ekonomi, kuasa beli, harga barangan, pendapatan, kadar pengangguran, kadar pertumbuhan negara dan pelbagai lagi masalah2 berkaitan ekonomi negara termasuk ekonomi peribadi kita!
Sumber- Pelaburjutawan.
Alhamdulillah,
Harga emas dunia naik lagi hari ini mencecah Rekod baru melepasi USD1700/oz. Ini berikutan krisis hutang Amerika Syarikat yang bertambah kusut dan ditambah lagi dengan laporan berita pada hari Sabtu 06/08/2011 yang menyatakan bahawa krisis hutang di Eropah akan menjangkit ke negara lain.
Minggu lalu, sebaik sahaja pengumuman mengenai Kenaikan Had Maksima Hutang oleh Amerika diumumkan, serta merta berlaku lonjakan harga Gold & Silver di pasaran antarabangsa ekoran berlakunya peningkatan permintaan ke atas komoditi berharga ini bagi tujuan perlindungan harta dan kekayaan disebabkan jumlah hutang yang ditanggung oleh Amerika kini jauh lebih tinggi berbanding jumlah pendapatan yang diraih oleh negara itu. Kenaikan harga emas dunia ini berlaku pada tarikh 29/07/2011 selepas pengumuman dibuat. Ini ditunjukkan pada graf berwarna hijau di bawahDikhabarkan Amerika kini menambah hutamgnya sebanyak $2.3 Trillion lagi bagi tujuan pemulihan semula ekonomi dan krisis kewangan di sana. Namun begitu, ia tidak memberi apa2 makna bagi rakyat dan penduduk disana kerana mereka sedar bahawa tindakan itu hanya akan memburukkan lagi krisis hutang dan krisis ekonomi yang sedang dihadapi.
Sumber- Pelaburjutawan.
Langgan:
Catatan (Atom)